Assalamualaikum,
Sebelum hari terbuka, kami memang begitu teruja. Tetapi kami tidak lupa untuk mengemas kelas agar kelihatan bersih dan selesa untuk ibu bapa yang akan hadir ke kelas kami untuk mengambil Buku Penyata Kemajuan anak mereka. Setelah mendapat amanah daripada Cikgu Zuraini untuk mengemas kelas, kami segera ke kelas untuk menurut amanah Cikgu Zuraini iaini guru kelas kami. Walaupun kami berempat sahaja yang mengemas, kami tetap melakukan tugas tersebut sedikit demi sedikit ibarat pepatah berkata; 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'. Malangnya, Waznah tidak dapat membantu kami kerana dia menyertai Pertandingan Syarahan Peringkat Daerah.
Keesokkan harinya, kami berharap agar mendapat keputusan yang lebih cemerlang daripada sebelum ini. Perasaan kami bercampur baur - gementar, risau, takut dan lain-lain.
Sampai sahaja di sekolah, kami semua berkumpul di dalam kelas, kami tertanya-tanya apakah keputusan yang bakal kami terima. Walaupun kami sudah mendapat kertas peperiksaan, tetapi perasaan ketidak puasan hati masih muncul di dalam benak hati.
Kami menunggu ibu bapa kami hadir. Selepas hadir, kami mengambil Buku Penyata Kemajuan. Terpapar kegembiraan ataupun kekecewaan diantara riak wajah ibu bapa sesetengah murid selepas mengambil keputusan anak mereka.
Alhamdulillah, keputusan kami diterima baik oleh ibu bapa. Syukur alhamdulillah.
Kami ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada rakan kami yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang lagi memuaskan. Diharap dapat mengekalkan dan menambah-baikkan prestasi anda. TERIMA KASIH!!
Dari kami,
Minhalina Puteri
Syasya Darwisyah
Nurhidayah Husna
Nur Waznah
No comments:
Post a Comment