Assalamualaikum,
Ramadhan semakin dekat. Itulah tajuk kita yang ingin kita sampaikan. Jadi, jika bulan yang cukup mulia ini semakin dekat... Apa perlu kita buat? Kita perlulah bermaaf-maafan antara satu sama lain. Jangan pula dah bermaaf-maafan tetapi masih mempunyai perasaan dendam atau benci. Kita juga haruslah bersedekah di bulan Ramadhan. Jadi di sini kami kepilkan maksud surah Al-Baqarah ayat 272: 'Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (dijalan allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikit pun tidak akan dirugikan'.
Apabila kita melakukan amal ibadah di bulan Ramadhan, kita akan dapat pahala yang berlipat-ganda daripada bulan lain. Kalau kita tak lakukan ibadah di bulan yang penuh barakah ini... Tak rugi ke kita?
Di bulan Ramadhan, kita berpuasa, jadi apakah yang kita dapat pelajari dari bulan Ramadhan ini? Bagi pandangan kami, kita dapat merasakan saat orang-orang yang berada dalam kesusahan yang tidak boleh sentiasa memperoleh makanan dengan mudah. Tetapi, jika sudah masuk waktu berbuka puasa, janganlah kita terlalu gelojoh dan tamak. Kerana tidak semestinya orang lain yang diluar sana dapat berbuka puasa.
Oleh itu, berpuasalah bersungguh-sungguh dengan sepenuh keihklasan hati tahun ini. Andai ini Ramadhan kita yang terakhir?
SEKIAN,
Nurhidayah Husna
Syasya Darwisyah
Nur Waznah
Minhalina Puteri
Nur Waznah
Minhalina Puteri
No comments:
Post a Comment